Mansor Warren (Mansor Warren)

Memori Syahdu

Tak pernah terlintas akan perpisahan ini
Ibu dan bapamu adalah penyebabnya
Inginku menangis tiada lagi airmata
Yang ada hanya suatu semangat kesabaran

Apakah kau lupa janji kita waktu dulu
Kau ingin bersama walau taufan melanda
Pernahkah kau berfikir akan nasib diri ini
Melalui ranjau berduri akhirnya kau menyepi

( korus )
Tak pernah ku menduga ini kan terjadi
Kesetiaanmu hanyalah helah oh...
Inginku bermanja tak lagi bermakna
Segala-galanya terlerai sudah oh...

Mengapa daku dihina keluargamu
Sedangkan ku dilayan penuh mesra
Adakah benar tohmahan orang lain
Sehingga aku dijadikan sasaran

Ku bangga padamu kerna dah punya yang lain
Kau patuh padanya pilihan keluargamu
Walaupun ku tahu kau masih menyintaiku
Lupa kan lah segalanya cinta kita dah tak wujud
Yang berlalu tetap berlalu
Hanya tinggal memori syahdu

Sumbangan Khillusi (album Bintang Harapan, 1999, Kingdom Entertainment, Singapore)

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)