Erra Fazira

Pelita

Keresahan ku ini tiada lagi
Selama ini kesunyian
Mengajarku ertinya kehidupan ini
Ertinya realiti

Ku sedari segalanya yang terjadi
Memberiku pengajaran
Menempuhi hari-hari tiada janji
Hari bahagia ku

Tiada lama
Hati ini terpaksa
Menanti dakapan cinta

Kau hadiri
Menghulurkan asmara
Ku terharu
Kini tiba saatnya... oh

Pelita, penawar gelita
Tiada ku sangkakan begini indahnya
Yang telah lama dalam sengsara
Sinar mu menghidupkan hati (hari)
Ku nan lara

Jangan pula si pelita yang ku damba
Kilauan mu sementara
Kerna hati tak mungkin dapat diubati
Untuk kali kedua

Pelita, kau bawa ceria
Asmara dikau beri menghidupkan jiwa
Segar membara rasa bahagia
Senyuman kini kembali pada diri

Sumbangan Ixora Leen & Errly@Lydea@bn

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999-2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)