Sejambak Syair Alif Mokhter

Mengeluarkan Zakat Bila Cukup Nisabnya

Rukun wajib dalam Islam yang keempat
Cukup nisab hartanya keluarkanlah zakat
Setahun hanya sekali akan disukat
Buat merengankan mereka hidupnya merempat

Dikeluarkan dari berbagai lunas
Ternakan, bijian, wang dan mas
Mengeluarkannya dengan hati yang ikhlas
Yang engkar hartanya boleh dirampas

Undang-undang berzakat dah dikuatkuasakan
Amilnya dilantik untuk mengumpulkan
Yang engkar mudah diambil tindakan
Kemajuannya kini amat menggalakkan

Selain zakat harta zakat fitrah namanya
Segantang beras saja sukatannya
Sebelum tegak Aidilfitri mengeluarkannya
Tak ada kecuali kepada yang tua mahu pun muda

Apakah masih lagi kita bimbang
Zakat dikumpul bakal berjuang
Delapan yang berhak turut dipertimbang
Usaha ini sama-samalah menjulang

Fakir hanya dapat memperkatakan
Wajib berzakat usahlah diabaikan
Adanya tak keluar neraka dibalaskan
Yang patuh, dunia Akhiratnya aman

11 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)