Sejambak Syair Alif Mokhter
Apakah Pantainya Masih Jauh
( untuk ulangtahun ku ke 64 pada 18/12/89 )
Sedang belayarnya kapal di lautan
Telah berharian dan berbulan-bulan
Dengan kapten, wakwak dan jua juragan
Di samping menempuh cabaran dan dugaan
64 tahunnya dah berlalu
Di ribut taufan dan selimbubu
Kadangkala ada tenang dan membisu
Belayarnya kapal terus jua maju
Terumbang-ambing kapal nan sebuah
Belayarnya di lautan dengan tabah
Ombak yang ganas terbelah sudah
Tenangnya gelora itulah tuah
Apakah pantainya masih jauh
Buat kapal ini kan berlabuh
Akan hati ini kian rusuh
Iman yang teguh ditakuti rapuh
Ya Allah Ya Rabbul Mannan
Matikan daku dalam iman
Rahmati daku dengan ketaqwaan
Di syurga kelak hendaknya ditempatkan
19 Disember 1989
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)