Gugusan Syair Alif Mokhter
Wang Ada Di Mana Mana
Banyak ditemui gadis di jalan
Bermini telekung ditegur jangan
Berpakaian hitam tubuh berselubungan
Berminyak berbedak mereka jauhkan
Bermini telekung berbaju kurung
Terdedah muka nampak hidung
Dapat di kota dan jua kampung
Di kilang di pasar malah di gedung
Gadis pesta berbaju ketat
Berseluar panjang nampaknya sendat
Berkacamata boleh didekat
Menegur menyapa perlulah beringat
Berbaju kebaya kain tempahan
Terutama pramugari terbang di awan
Rupanya ayu amat menawan
Mudah ditegur dan berkenal-kenalan
Kebaya pendek kain terbelah
Bertumit tinggi betis terdedah
Di tangga karan tak perlu melangkah
Makan kat warung tak lagi kat rumah
Di sana berambut dipotong pendek
Bila keseorangan bolehlah didokek (dekat)
Awasi tangan colek-mencolek
Bercakap dengannya usah merapik
Mendekati gadis kalau berani
Perlulah tuan berhati-hati
Mungkin di sana anak sendiri
Pakaian berpergian dah pula berganti
Banyak kedapatan gadis sekolah
Berpakaian seragam keluar rumah
Bertemu kawan mengajak berkelah
Pakaian seragam segera diubah
Gadis kampung taklah gitu
Berpakaian kemas tanpa gincu
Kini dah jinak dulu pemalu
Mahu berkenalan ke rumahnya dulu
Dunia sekarang adalah mainan
Rang tua di rumah penuh berkeyakinan
Gadis di jalan buat lakunan
Wang dan ringgit memutar haluan
Banyak kini dipasang jebak
Dengan umpannya manis dan lemak
Di mana gadis terlalu banyak
Ada yang terdorong akhlak pun rosak
Banyak kedapatan yang memetik bunga
Tanpa waspada mereka terkena
Bunganya harum dah hilang madunya
Mungkin kat madu dah berisi cuka
Ada juga gadis yang sadar
Tegal bergaul gadis terpelajar
Mereka ditunjuk diajar kenal
Kat mana yang elok di mana yang hunar(onar)
Selasa 6.00 petang - 12 Mei 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)