Gugusan Syair Alif Mokhter
Jauhi Bala Akan Menerpa
Sedarkah tuan ros kembang di taman
Durinya tajam di batang duri berjelatukkan(?)
Baunya harum jadi hiasan
Bila lupa durinya mencangkuk mengoyakkan
Orang suka memelihara anak buaya
Tatkala kecil didukung diperkuda
Sedarkah tuan bila matang usianya
Pembalasan kat tuan dibelasahnya
Demikian kat api amat digemari
Lampu-lampu neon dipasang sana-sini
Tatkala menyalanya tidak kita sedari
Dawainya terdedah tersentuh membakar diri
Apalagi mulut yang sedap berkata-kata
Amat lancang kat sana ada bahaya
Dalam suka-suka orang tersentuh peribadinya
Tatkala lupa tengkuk kita dipukulnya
Menulis banyak buat siaran
Hanya suka-suka dan jadi kegemaran
Ada pula yang hatinya tidak berkenan
Kan ke mahkamah kononnya untuk pengadilan
Duit pula dikumpul banyak-banyak
Boleh bersuka-suka dan berenak-enak
Yang mendapatkannya jadi penyangak
Yang punya tahu dia kan dilanyak-lanyak
Amat mudah diri dapat bala
Tak disedari saja dah kena
Orang kata itulah takdir namanya
Akan hal diri tak diperiksa puncanya
Apalagi kesilapan tak mahu memaafkan
Dendam kesumat akan tentu berpanjangan
Cuma menunggu masa kealpaan
Balasannya lebih teruk dari permulaan
Ini perkara-perkara yang kita bawa
Banyak berlakunya walau di mana saja
Pada kita hanya perlukan berwaspada
Kat Tuhan mohonlah payung pelindung darinya
Ingat pada Tuhan sebilang masa
Itulah payung yang berharga
Lupa padaNya hidup kita sia-sia
Dunia Akhirat sentiasa berdukacita
Orang kata harimau tengkuk mulut
Yang lain menganggap tak menjawab pengecut
Pada ku kat mulut keuntungan ada berpaut
Kadangkala darinya rezeki datang mengejut
Setakat ini fakir sajikan
Untuk pembaca bila ada kelapangan
Yang baik sila ambil perhatian
Yang menyucuk mata lekas-lekas elakkan
Khamis 12.00 malam - 30 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)