Gugusan Syair Alif Mokhter

Ilham Tak Kunjung Tiba

Dah lama persoalan datang menerpa
Kenapa ilham tak kunjung tiba
Penat sudah mengurut dada
Kehendak mencipta dah meronta-ronta

Pagi ini tanpa ilham
Menggarap seni yang diidam-idam
Hasilnya terang nampak kelam
Terbiar hasrat jatuh terbenam

Banyak kali dah dilakukan
Dan ahli seni juga kerap mengatakan
Tanpa ilham mencipta ciptaan
Hasilnya sia-sia dan memenatkan

Syair yang elok sentiasa panas
Walau penciptanya dah lama tumpas
Syair yang buruk lenyapnya lekas
Walau penulisnya masih bernafas

Dinasihatkan anak dan jua cucu
Usah usaha nak diacu-acu
Mengarang mencipta mengukir sesuatu
Tanpa ilham berehatlah dulu

Tak tamat empat rangkap syair
Dah satu jam lebih berfikir
Kalau selama itu aku mengukir
Adanya ilham dah banyak terpamer

Olehnya aku berhenti dulu
Menyanyi bermadah menggubah lagu
Sementara ilham datang menyerbu
Di atas ranjang terus beradu

Tersadar jam duabelas tengahari
Keinginan menulis melonjak lagi
Malangnya ilham tak jua terjali
Kenapa ? maka jadi begini

Aku mahu menulis menggubah
Andainya syair yang indah-indah
Kehendak itu kini payah
Otak ku berfikir serasa nak pecah

Dicuba lagi bersajak berpantun
Di mana kini jiwa ku meruntun
Usaha itu tak perlu dipertekun
Memaksanya bak membakar sumbu mercun

Kalau meledaklah yang disayangi
Kan rosaklah segala keperluan aki
Ruginya bukan diri sendiri
Mungkin meliputi seluruh negeri

Aki berkata begitu rupa
Mungkin tulisan-tulisan tak lagi tercipta
Aki ditakdirkan lanjutlah usia
Gerakan begini ada gunanya

Alhamdulilah memaksanya tak diteruskan
Madah begini dapat jo disudahkan
Untuk berjaya amatlah perlahan
Keindahan seninya mungkin tak kedapatan

Selasa 1.35 petang - 5 Mei 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)