Gugusan Syair Alif Mokhter
Erti Banyak Seni
Apa yang dibentangkan semalam
Orang kata itulah ism
Agaknya mereka dah faham
Gerak seni yang amat mendalam
Pagi ini banyak yang bertanya
Muka bapak mengadap ke mana
Pada yang baru atau yang lama
Atau ada lagi fahaman yang utama
Hanya di sini tempatnya aku menajawab
Kat irama dan tempo yang sedap-sedap
Baru dan lama berikat rapat
Seni untuk wang lebih tepat
Seni untuk seni bagus jua
Seni untuk masyarakat pun sama
Tanpa wang hanya setakat mana
Menggali, mendapatkan seni yang mulia
Sejak awal tahun lima puluhan
Dah pun banyak di buat pengertian
Hamzah, Asraf di sana memperdebatkan
Akan apakah seni buat pegangan
Kini mogok seni muncul
A Samad Said berani menonjol
Wang, katanya boleh merangkul
Berusaha, bekerja apalagi berkumpul
Aku turut merasa megah
Perjuangan seni di bawa ke tengah
Banyak pula yang tak mengendah
Sebanyak itu pula yang hanya menadah
Ke mana perginya persatuan
Di mana lagaknya perkumpulan
Atau kongres dak lakukan
Padakah A Samad Sad keseorangan
Aku baru saja memasuki
Persatuan penulis negeri
Di sana kan membuka mulut nanti
Berbicara, menyatakan tegaknya diri
Mungkin dah dibaca yang tertera
Jawaban pertikaian yang tiba-tiba
Tahulah ertinya bapak kini di mana
Mengumpul wang yang lebih utama
Selamat tegak seni yang diperjuangkan
Menuju matlamat yang diharapkan
Wawasan 2020 target kejayaan
Alif Mokhter bersama berpegang tangan
Setakat ini tulisan dibuat
Lah faham agaknya letaknya pendapat
Maaf dan ampun kiranya terkhilaf
Bersinar hendaknya apa yang digilap
Sabtu 11.50 tengahari - 25 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)