Gugusan Syair Alif Mokhter
Berdamar Dan Bermanau
Aku cuba mengingati kisah-kisah yang lalu
Sejak mula tiba ke sini dulu
Pahit maung apa yang berlaku
Meneroka menengalong (???) kat tanah baru
Satu-satunya usaha yang amat pahit
Tiga tahun sudah bersakit-sakit
Ladangku gagal perasaanku terhimpit
Bantuan terhenti aku terpaksa ke bukit
Banyak kerja dah aku buat
Bertukang rumah menyapu cat
Kerja itu taklah berat
Seperti berdamar bukit dipanjat
Kalau di kampung segan bergarit (bergerak)
Meramu perkayuan mendaki bukit
Memanjat mengarung mengayuh rakit
Hidup sentiasa dihimpit perit
Kampung SL jauh terpencil
Jalan ke sana berbatu kerikil
Belantaranya pekat terlalu hampir
Berangkakkan rimau kijang dan kancil
Aku terpaksa meredah rimba raya
Mencari rezeki menyarai keluarga
Dengan Bismillah meninggalkan tangga
Tabah, sabar, tawakkal berserta
Di hutan, rotan dan damar batu aku kait
Dengan memunggah, mngumpul walau berdikit-dikit
Bila dapat percayalah aku dah ada duit
Inilah satu usaha yang aku rasa amat pahit
Pagi-pagi lagi dah meredah rimba belantara
Balik ke rumah menjelang senjakala
Di bukit, di ngarai, di lurah amat berbahaya
Aku rempuh ia hingga usahaku berjaya
Anakku lahir tidak aku hadapi
Malah cekal nian hatiku ketika ini
Di buaian anakku ku cium setiap pagi pergi
Malamnya ku balik dia dah tidur kembali
Damar ku pikul seguni penuh
Dari puncak bukit turun ke baruh
Amat berhati-hati mengelakkan terjatuh
Kiranya jatuh ke dalam juranglah berlabuh
Biasanya jam 12.00 masih di puncak bukit
Ini setelah memakan bekal yang ada dalam sumpit
Lebih sepikul damar batu dibebani badan yang tentu sakit
Datang ke pangkalan biasanya menjelang maghrib
Sesekali bertemu rotan yang berharga
Besar, panjang manau namanya
Tinggalkan damar, manau kembali ku bawa
Susah payahnya dua kali lima jua
Air minum di bukit amatlah senang
Tak ada air gaung akar kayu boleh tebang
Banyak airnya kat manau dan akar pisang-pisang
Tetap menghilangkan dahaga bila potongannya dituang
Ada kalanya riang sekali hati ini
Sepuluh ringgit dapat jualan sehari
Tibanya marah wang itu dikurangi pembeli
Dan barang dikedainya yang mahal ambil dulu mesti
Pun aku tetap bersyukur dan bersabar
Oleh kelaparan keluargaku dah terhindar
Sedikit-sedikit wang terkumpul bawah tikar
Isteriku pun dapat dibawa ke pasar belegar
Dua tahun lamanya usaha ini aku lakukan
Pada kebelakangannya ke hutan Pahang pula tumpuan
Di sana ada sedikit kerja ini ringan
Kerana berbasikal boleh melalui jalan berbeban
Kesempatan tidak aku abaikan
Sawah paya, berpadi aku kerjakan
ladang, bertanam dengan getah dan buah-buahan
Berternak, Menangkap ikan dan mengejar buruan
Di situlah sejarahku amat hitam
Keperitan hidup sentiasa saja mencengkam
Tapi tabahnya hati ini tetap mendalam
Olehnya, hari demi hari hitamnya bertukar kepam (???)
Sepuluh tahun lamanya aku tanggung serik
Saudara-mara ku pernah mengajak balik
Pun, usaha mereka tidaklah aku hapik (hirau)
Akhirnya, hari demi hari, berjaya apa yang aku buek (buat)
Airmataku keluar bila ini dikenang sekarang
Menyelamatkan keluarga asal tidak lintang pukang
Kini badanku dah pun gemuk, perut memboyot godang (besar)
Banyak orang mengata kini aku dah senang
Apalagi aku dengan R isteriku kini
Dah pun ke Tanah Suci mengerjakan haji
Pokok baru di ladang hasilnya memuaskan hati
Aku balik menuris menjungkang di kerusi
Aku ukirkan kisah ini buat ingatan
Setelah tiga puluh tiga tahun pahit manisnya perjuangan
Seriknya yang lain taklah seperti yang digambarkan
Kerana mudah aja buat aku menghindarkan
5.30 petang - 18 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)