Ziana Zain (Johari Teh)

Korban Cinta

Dugaan meresahi
Diriku kini
Gelora fikiran meronta
Cari yang pasti

Antara kita
Ada sinar cinta yang resah
Kurasai demi keranamu kasih
Kasih padamu

Mengalir dalam diriku
serupa dengan dirimu
Ia membara
Membakar jiwa

Relaku korbankan cinta
Agar dikau capai bahagia
Pada dirimu
Ada diriku
Walaupun cinta terluka
Kupendam segalanya
Demi untuk dirimu
Ku berserah

Antara kita
Tersimpan naluri berbeza
Telah mekar
Dibelai dibawah
Rumpun serupa

Untukmu kukorbankan segalanya
Agar kau tiada curiga
Merintang Kasih
Padamu jua kukorbankan cinta

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1998 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)