Wings

Hari Raya Yang Mulia

Lapar dahaga masih dapat ku tempuhi
Pedih ku rasakan sendirian
Sepi dikala takbir tiba

Rukun ketiga telahpun ku sempurnakan
Ku sepi sendirian di rantauan
Anak-anak menikmati pemberiannya

Tadah tangan kesyukuran
Terlihat susah yang tak sama
Ku insafi kesalahan ku yang lalu

Walau lapar dan dahaga kita
Masih lagi takkan kau rasa
Deritanya si perantau
Sewaktu bersendirian

Lupakanlah derita yang lalu
Mari bersama bergembira
Di hari raya yang mulia

Rukun ketiga kini sempurnalah sudah
Kan tiba hari raya yang mulia
Anak-anak riang ketawa gembira

Tadah tangan kesyukuran
Walau di hati kesedihan
Begitulah deritanya di hari raya

Sewaktu mendengar takbir tiba
Pedihnya oh sukar kau rasa
Sendirian terkenangkan
Berhari raya kampung halaman

Lupakanlah sayu yang kan tiba
Mari bersama bergembira
Di hari raya yang mulia
Bersyukur pada kepadanya

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)