Ways (Nan Dengkil / Nur Azwan)

Keranamu Suhaila

Bagaimana di sini atau di sana
Atau bagaimana lagi
Harus aku membuktikan cintaku setia
Perlukah menambah peraturan yang telah sedia ada

Kita sama-sama menanti menunggu hadir saat itu
Bilakah datangnya pasti ia kan menjelma
Untuk kuhuraikan satu persatu
Kekusutan yang mencengkam kalbu

( 1 )
Kernamu Suhaila
Akan kutunggu sampai bila-bila
Hingga kini aku tetap setia
Walau pun hebat
Dugaan dan juga rintangan melanda

Kernamu Suhaila
Perasaanku resah tiba-tiba
Ayu senyummu terbayang di mata
Bicara aku bukan palsu,
Bukan dusta, bukan pura-pura
Kau memang kurindu

Sakit pinggang aku ( memandu )
Dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Baru
Untuk kita bertemu ( bersua )
Sesekali pabila cuti hujung minggu
Tak pernah kujemu

( ulang dari 1 )

Bil talipon aku ( dahulu )
Pernah mencecah hingga RM satu ribu
Oleh keranamu ( Suhaila )
Aku sanggup berkorban apa-apa saja
Asal kau bahagia

Penat tidak terasa
Bekerja dari pagi hingga lewat senja
Oleh keranamu ( Suhaila )
Semakin bersemangat aku untuk berjaya
Di dalam kehidupan

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)