Ways

Abang Zaidi

Dulu hingga kini
Ceritanya sama lagi
Tanam tanam padi
Asyik dimakan burung kedidi

Mari mari dengar
Ceritaku kisah Abang Zaidi
Mempunyai seorang adik
Memang cukup lawa cik mek molek
Adiknya itu mataairku
Sorok sorok dariku

Memang aku tak kaya
Dapat beli kapal angkasa
Tapi aku gagah perkasa
Tewaskan musuh selaksa

Akan ku jaga dia
Bagai menjaga diri ini
Untuk masa itu dan ini
Agar 'dak hangus sekuali

Wahai Abang Zaidi
Sampai hati buat ku begini
Ani sudah sudi
Mengapa kau pulak iri hati

Biar ku bahgia
Di samping dia adikmu ini
Bagaimana harus kubuktikan
Tidak kau terus sombong diri
Percayalah kataku ini
Niat aku memang suci

( roll )

Memang aku tak kaya
Dapat beli kapal angkasa
Tapi aku gagah perkasa
Tewaskan musuh selaksa

Tak pernah aku termimpi
Segala kan jadi begini
Aku engkau tolak ke tepi
Tanpa kau merasa simpati

Niat aku memang suci
( Abang Zaidi )
Restukanlah cinta kami
( Abang Zaidi )
Jangan kau pentingkan diri
( Abang Zaidi )
Tak elok buat begini

Ke Halaman Utama

Copyright 2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)