Uji Rashid

Gema Takbir

Bergema takbir memecah hening pagi
Sayup meresap hati
Kini tibalah saat yang dinanti
Menjelangnya aidilfitri

Bangunlah insan di dalam kesedaran
Sahut seruan takbir
Suci hatimu dengan jiwa murni
Tunaikan amal dan bakti

( 1 )
Senyum dan tangis di pertemuan
Seiring doa dan restu
Terjalin mesra di kemesraan
Persaudaraan suci

Betapa indah menyambut hari raya
Sungguh riang gembira
Miskin dan kaya bertemu mesra
Bersatu umat mulia

( ulang dari 1 )

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)