Syura & Datuk M Daud Kilau (S Atan / Nurul Ashikin)

Tenung-Tenung Renung-Renung

( P: )
Hendak ke baruh menjemur padi
Tetapi hampa padi sebendang
Hendah bertaruh ya tuan segunung budi
Rupalah juga ya tuan dicarilah orang

( L: )
Memang berliku jalan ke paya
Burung serindit di hujung dahan
Memang begitu di dunia resam di dunia
Rupa yang cantik hai orang dicarilah orang

( 1 )
( L&P: )
Belacu kainlah belacu
Nasib cuma dijeling saja
Sutera kainlah sutera
Rebutan menjadi rebutan

( 2 )
( L&P: )
Merindu nasiblah merindu
Bertepuk hai sebelah saja
Bercinta nasiblah bercinta
Tidak kesampaian

( P: )
Ingin kusuluh bulan nan tinggi
Sayangnya bulan disaput awan
Hingga bercumbu ya tuan hingga ke mati
Sayangnya diri bukanlah pilihan

( L: )
Kalau selisih di hujung titi
Jangan di kayu retak seribu
Kalau dah kasih di hati lucut di hati
Janganlah lagi merayu duduk merayu

( ulang 1 & 2 )

( P: )
Salah ditunjuk padi seberang
Sangka berbuah tidak berbuah
( L: )
Salah dirajuklah sayang orang tak sayang
Merana jiwa tak sudah merana tak sudah

( P: )
Hamba merindu bunga di taman
Sayang mekarnya tidak ke senja
( L: )
Kalau begitu hai tuan suratan Tuhan
Mungkin dah jodoh hai tiba belumlah tiba

( ulang 1 & 2 )

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)