Syed Sobrie

Mencari Kata-Kata

Kita berdua duduk berhadapan muka
Di sudut tersembunyi
Irama merdu memenuhi suasana
Menambah resah hati

Di atas meja sejambangan mawar merah
Layu tiada berseri
Di antara kita pertemuan begini
Semakin tak bererti

Entah apa kau fikirkan
Tak dapat ku membaca
Kita dalam kesabaran, mencari kata-kata
Yang terkunci tiba-tiba

Api yang pernah menerangi cinta
Kini membakar memusnahkan segalanya
Untuk apa kita lindungi
Oh..oh.. Sedangkan antara kita saling membenci

Di satu sudut di ruang yang suram cahaya
Duduk seorang teruna
Warna lembut sejambangan mawar merah
Tiada lagi indahnya

Sumbangan Ija's Collection

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)