Spring

Menggapai Sinar Mu

Biar di mana engkau diletakkan
Di persada indah diri ku lemah
Biar terselindung dalam kegelapan
Sinar cahaya tetap berkekalan

( 1 )
Ingin aku hampiri
Kanan dan kiri jalan berduri
Bila kau ku jauhi
Kosong hidup ku tak bererti

Aku berkeyakinan
Ketulusan menerangi jalan
Biar betapa sukar
Sentiasa dicabar aku
Sabar

( korus 1 )
Sesuatu yang bernilai
Tidak mudah ku gapai
Dibiar berkaca gilap bercahaya
Tetap berharga

( korus 2 )
Benarlah kata pepatah
Tak kenal makanya tak cinta
Sejak berkenalan mendalam kajian
Mudah ku bezakan
Kaca dan intan oh oh oh...

( ulang dari 1 )

Kaca dan permata

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)