Sohaimi Mior Hassan

Kau Kepunyaanku

Di satu ketika
Di waktu remajaku
Ku terpandang senyuman
Sungguh mengharu
Jiwaku gelora fikiranku terbuntu
Hati kecilku berkata
Kau kepunyaanku

Hari pun berganti
Tahun pun berlalu
Ramai gadis manis cuba menandingimu
Namun hati ini hanya pada satu
Membisikkan kata-kata
Kau kepunyaanku

Tujuh tahun berlalu aku pun ke sisimu
Membisikkan rahsia terpendam di kalbu
Kusentuh jemarimu
Kuhulurkan segala rindu
Sudikah kau menjadi kepunyaanku

Matamu nan sayu
Isyaratkan hasrat di dadamu
Dikau sudi menjadi kepunyaanku

Sumbangan Pheaze

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)