Siti Nordiana

Sayangku Tak Terbilang

Kemana kasih menghilang, mungkinkah dia merajuk
Kemari biar ku pujuk, sayangku tak terbilang
Ku pendam dalam hati
Mengapa sering cemburu, menuduh ku tak setia
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu

( korus )
Tidakkah kau merindu padaku
Berjauhan begini
Kau turutkan perasaan marah,tidak lagi indah
Di pujuk payah, hatiku kini makin gundah
Hatimu sekeras batu, buatku tambah jemu

Jika sikapmu enggan berlembut jua
Sudah tiada makna
Bersabar ada batasnya
Bercinta pada yang sudi
Tetapi cintamu api, yang membakar diri

Sumbangan HazeSyukQi'2000

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)