Shima

Irama Hayat

Lupa sejenak
Beban di kepala
Lapangkan dadamu
Ikut langkahku

Kejar mengejar
Cakar dan mencakar
Di dalam tamadun
Yang makin nanar

Lontarkan jauh nanarmu itu ooo...
Esok bukan di tanganmu
Tawakallah kepadaNya

Tarik nafasmu
Degupan jantungmu
Itulah irama
Sepanjang hayat

Atur langkahmu
Semoga tak sumbang
Dan irama ini
Tiada songsang

Sumbangan Aril Zanie

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)