Sheila Majid (Krish Menon / Habsah Hassan)

Umara Ku

Dalam beratus, beribu berjuta
Pilihan semua hanya kau saja
Tempat mu kini nun di puncak tinggi
Banyak mata memerhati

Engkau wira perkasa
Kau istimewa engkau harapan
Sememangnya kau gagah
Cekal dan tabah menepis segala cabaran

( korus )
Engkau umara ku
Lembutmu tegas menikam
Langkahmu menjadi teladan
Di tanganmu kaca bertukar intan permata

Damainya hati bila diyakini
Yang memayungi insan berbudi
Berakar tunjang, terarah haluan
Umara ku kau harapan

Sumbangan Cassem

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)