Seni

Terhantuk Dan Tergadah

Berputar-putar, putar lagi membelah si jalan raya
Paling laju tiada lawan kau tiada pandang nyawa
Tekan sekuatnya masih ada saingan

Terasa akan rugi kalau bawa perlahan
Terasa panas api kalau kalah taruhan

Jalan berliku jalan jadi idaman
Jeritan roda lagu jadi kegemaran
Selagi tiada mangsa kau takkan sedar diri
Terhantuk dan tergadah (4x)...yeah

Dikaji dikira berapa baldi darah dan mangsa
Dihitung disukat berapa harga nyawa
Ditadah dibayar berapa nilai si air mata
Dihitung disukat berapa harga nyawa...wooo yeah

Berputar-putar, putar lagi membelah jalan raya
Paling laju tiada lawan kau tiada pandang nyawa
Tekan sekuatnya masih ada saingan

Terasa akan rugi kalau bawa perlahan
Terasa panas api kalau kalah taruhan

Terasa akan rugi kalau bawa perlahan
Terasa panas api kalau kalah taruhan

Dikaji dikira berapa baldi darah dan mangsa
Dihitung disukat berapa harga nyawa
Ditadah dibayar berapa nilai si airmata
Dihitung disukat berapa harga nyawa

Sumbangan Pheaze

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)