Seni
Hendak Jadi Apa
Pinta mu seluas angkasa
Tetapi di manakah usaha
Fikirlah sebelum bermula
Biarkan melulu sahaja
Tak tentu usul periksa
Katanya yang benar sahaja
Tanya pada diri sendiri
Mampukah kita berdikari
Untuk tanah sekangkang kera
Penuh dengan fitnah umpat keji
Hasad dengki sesama sendiri yang terjadi...hei
Demi nama Mu yang terpuji
Siramilah untuk ku
Kerahmatan nikmat Mu
Aku bersyukur
Demi nama Mu yang terpuji
Siramilah untuk ku
Kerahmatan nikmat Mu
Aku bersyukur
Diharapkan disuatu masa
Impiankan terlaksana
Bukan tinggal cita-cita
Pinta mu seluas angkasa
Tetapi di manakah usaha
Fikirlah sebelum bermula
Biarkan melulu sahaja
Tak tentu usul periksa
Katanya yang benar sahaja
Tanya pada diri sendiri
Mampukah kita berdikari
Untuk tanah sekangkang kera
Penuh dengan fitnah umpat keji
Hasad dengki sesama sendiri yang terjadi...hei
Sama ada kuli yang besar
Atau pun taukeh yang kecil
Sama ada kuli yang besar
Atau pun taukeh yang kecil
Sumbangan Pheaze
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)