Senario

Orang Kampung

Hei orang kampung
Hai orang kampung
Kita semua satu kampung
Ku orang kampung
Orang kampung
Asal kita dari kampung
Berbudi bahasa
Bersopan santun
Nilai kita... berabad lama
Jangan diabaikan
Amalan yang mulia
Maruah diri... harus dijaga
Agama teras pegangan kita
Akar yang kukuh
Kitakan sejahtera
Ingatlah ingat asal-usulmu
Peliharalah budaya kita
Yang baik hati yang luhur berbudi
Warisan kita... orang timur
Bergotong-royong
Kita muafakat
Kerja sepakat... membawa berkat
Sedarlah semua jangan leka
Jangan dilupa pesan ayahbonda
Ingatlah ingat asal-usulmu
Tradisi kita budaya bangsa
Hei orang kampung
Jangan tinggal kampung
Hei orang kampung
Jom balik kampung
Hei orang kampung

Sumbangan P'ZA...KL

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999-2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)