Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim

Ihsan Mulia

Menitis airmata
Runtuh segala keriangan
Kasih kini tiada lagi
Sedih sendu sendiri
Kusendiri

Apa hendak disesali
Apa ingin aku mengganti
Mencurahkan keriangan
Ubat luka hatimu
Di hatimu

Kusanjung dirimu
Ihsan mulia untuk diriku
Kau beri cahaya dikegelapan
Hidup ini

Hasrat hati ini
Telah terpadam sekian lama
Ini bukan simpati hanya kerelaan
Cinta suci

Kita sama telah merasa
Suka duka dalam bercinta
Lupakan kisah lama
Bina hidup bersama
Penuh harapan...

Sumbangan aLiZa

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)