Ramlah Ram

Khabar Yang Hiba

Dari hati yang tulus
Sungguh ku mencintai dirimu
Belum pernah ku rasa
Gelora asmara percintaan

Walaupun kau bukan yang pertama
Kelainannya begitu ketara
Sungguh aku bahagia dengan mu

Terhenti rindu padamu
Terasa diri tertipu
Oleh kelembutan budimu
Mengaburiku

Sekejap cuma ku rasa
Belaian kasih yang kau reka
Kembalilah aku ke azali
Yang berteman sepi

Tak ku sangka kau begitu
Sama kekasih lama ku
Hanya pandai menyemai janji
Sehingga ku serahkan segalanya

Makin jauh kau pergi
Makin ku terasa
Kehilangan...

Sumbangan Pheaze

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)