Ramlah Ram (Mohar / Anuar)

Hasrat

Telah menjadi resam
Yang lemah ditindas yang kuasa
Mengapakah harus ada bezanya
Bukankah kita hadir serupa

Bersama dendam yang masih membara
Maka mereka terus terhina
Dengan melupakan adat resam manusia
Andainya terus kau cela
Sampai bila semua 'kan reda
Tiadakah jalan perdamaian
Hati bimbang tiada terkata
Permusuhan tiada terkata

Dari dendam yang lama terpendam
Kini tibalah oh masanya
Dengan pengaruh kau jadikan kuasa
Mereka kau tindas derita

Kini mereka bagaikan terlupa
Mereka juga manusia
Berikan dia sedikit simpati
Agar mereka nikmati
Warna dan duniawi

Sumbangan Noraini Jalil (Album Dangdut 1994)

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)