Ramlah Ram

Cahaya Aidilfitri

Saujana indah pandangan
Alam keliling di desa permai
Saujana handai dan taulan
Masa berhimpun beramai-ramai

Riang suasana
Gurai senda sesama keluarga
Gembira menanti
Menjelang cahaya aidifitri

Selamat Selamat Hari Raya
Salam ucapan untuk semua
Aidilfitri kita raikan
Bersama kesyukuran

Bergema suara takbir
Laungan suci di sini sana
Bersyukur pada Ilahi
Menjelma kini hari yang mulia

( 1 )
Riang suasana
Umat islam miskin dan kaya
Gembira di hati
Menyambut aidilfitri

( 2 )
Selamat Selamat hari Raya
Salam ucapan untuk semua
Aidilfitri kita raikan
Bersama kesyukuran

( 2 )
Selamat Selamat hari Raya
Salam ucapan untuk semua
Ampun dan maaf kita bersama
Selamat hari Raya

( ulang 1, 2 & 3, 2 & 3 )

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)