Raja Ema

Melodi Cinta
(filem: Antara Dua Hati)


Tidakkah kau tahu isi hatiku
Tidakkah kau tahu akan diriku
Tidakkah terbayang di dalam wajahku
Tidakkah tergambar di sinar mataku
Gelora cinta
Kini melanda diriku

( 1 )
Telah kucuba berbicara
Tiada dayaku untuk melahirkannya
Bibit-bibit cinta yang terukir di hatiku
Kan tetap subur dengan kehadiranmu
Masihkah engkau
Tiada mengerti rahsiaku

( korus )
Dengarlah
Melodi cintaku untukmu
Kekasih
Dengarlah
Melodi cintaku untukmu
Kekasih
Semoga kau memahami
Semoga kau tahu
Betapa suci cintaku
Betapa sucinya
Emm...

( ulang korus )

( ulang 1 )

Sumbangan Zazlieizan Zainuddin

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)