Raihan

Rakan Selawat (Kenangan)

Segarnya dalam ingatan
Tika kau baru dilahirkan
Bersama selawat didendang
Itulah tanda kesyukuran

Si kecil debar menanti
Tok mudim senyum berseri
Majlis khatam sama dirai
Selawat bergema lagi

Masapun menggamit usia
Hari dijanji telah tiba
Selawat pengikat kasih
Terjalin keluarga harmoni

Bergema selawat bersama
Tak kira tua dan muda
Raikan maulid nabi kita
Menyerlah suasana sentosa

Marilah banyakkan selawat
Tanda cinta kasihkan nabi
Berkatnya alam dirahmat
Syafaat akhirat diberi

Sumbangan Putera Izfiq & Maulana Nik

Ke Halaman Utama

Copyright 2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)