Raihan

Khabar Iman

Telah kita diberitakan
Akan tibanya hari kedatangan
Musibah melanda semesta alam
Tiada siapa yang dapat menghalang
Bila manusia telah lupa

Sujud menyembah yang esa
Dosa ahala tak dihirau lagi
Hati telah gelap hilang cahaya
Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
Gegak gempita masing-masing berlindung diri

Ibu kehilangan anak dikandungan
Bintang di langit pun berguguran
Kala itu taubatmu tak berguna lagi
Bila tibanya hari pengadilan
Di padang mahsyar kita dihimpunkan

Akan dihitung segala amalan
Seperti mana yang telah diwahyukan
Wahai muslimin umat semua
Kembalilah kita kepada Allah
Hindarkan diri dari dosa-dosa

Agar di sana tiada penyesalan
Bila matahari terbit dari barat
Kala itu taubat tidak berguna lagi

Sumbangan P'ZA..KL

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)