Rafeah Buang (Ahmad Nawab)

Jinak Merpati

Membeli nangka dikebun jati
Dapat sekerat ditengah hari

Jangan disangka jinak merpati
Senang didekat ditangkap lari

Buah bidara ditepi rumah
Buah mengkundang harum baunya

Lembut wanita bukannya lemah
Kalau meradang goncang dunia

Kalau nak makan buah keranji
Makanlah cermai merah buanganya

Jangan amalkan membuat janji
Kalau tak tunai buruk padahnya

Kalau nak jerat burung kedidi
Sediakan kain barang secebis

Kalau nak pikat sijantung hati
Sarungkan cincing dijari manis

Sumbangan Cassem

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)