Rafeah Buang (Rafeah Buang)

Jarinya Merah

Kawanku telah datang
Berkunjung ke rumah
Sungguh mesranya maklumlah
Lama tak jumpa

Daku terpegun melihat
Tingkah lakunya
Tidak selincah dulu
Lucu jenaka

Tiada ku sangka
Dalam diam diam
Dia sudah jadi
Seorang isteri

Lantaran aku terpandang
Jarinya merah
Tangan dan kaki ketara
Bekas di inai

Gembira dalam hatiku
Penuh terharu
Dia tak lama lagi
Kan jadi ibu

Sumbangan Cassem

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)