Rafeah Buang

Cinta Zaman Sekarang

Cinta di zaman dahulu
Setianya sampai kemati
Lihatlah laila majnun
Sungguh suci abadi

Bertahun tidak berjumpa
Rindunya tambah mendalam
Bertemu yang lebih jelita
Imannya tidak bergoncang

( 3 )
Cinta zaman sekarang
Dekat disayang sayang
Bila jauh dimata
Dihati lenyap jua

( 4 )
Cinta yang segi tiga
Ada dimana mana
Satu dalam seribu
Punya kasih yang satu

Bertemu dihari ini
Esoknya memadu janji
Pabila merajuk hati
Yang lain pula dicari

( ulang 3 & 4 )

Berhati-hatilah kawan
Diberi janji bermadu
Lidah tidak bertulang
Fikir-fikir selalu

Sumbangan Cassem

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)