Othman Hamzah

Pantun Penghibur

Suara ombak memecah pantai
Dendang ria senandungku
Burung-burung terbangnya tinggi melambai

( 1 )
Mengapa sedih dah dan pilu
Dendanglah bersama-sama ku
Hilang resah-gelisah dan rasa rindu

Dengarlah burung bernyanyi
Menghibur hati yang sedih
Berdendanglah agar hilang rasa sunyi

( ulang 1 )

Seruling anak gembala
Mengalunkan lagu indah
Sungguh merdu ku terasa dalam kalbu

Sayang-sayang selasihku sayang
Telah banyak pilihan abang
Hanya dikau pilihan abang seorang

Janganlah bimbang dan ragu
Marilah bersama-sama ku
Cipta bahagia dan selalu gembira

Sumbangan Koleksi Sri Arjuna

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)