Nora (Adnan Abu Hassan / Lokman S)

Aku Tidak Di Mata Mu

Pergilah jika kau mahu
Pergilah tak usah kembali
Tak akan ku pujuk lagi
Tak perlu merayu lagi
Biarkan saja
Semua berlaku
Usah dipanjangkan lagi
Makin dalam sedih yang kusimpan

Kau pinta ku memahami
Apa yang terlintas di hati
Sedangkan kau tak cuba
Malah kau sengaja memyembunyikan
Apakah ertinya
Apa yang kau mahu dari ku

( 1 )
Rindu akan terus mengusik hatiku
Rindu akan mencungkil kemesraan yang lalu
Biarlah aku simpan kenangan yang manis
Walau hakikatnya payah untuk aku terima

( 2 )
Jika benar atau pun sungguh bagaikan dikata
Tak akan aku halang keputusanmu itu
Usah ditanya
Apakah sudahnya selepas ini
Biar aku dengan cara sendiri

( 3 )
Merajuk biar bertempat
Memujuk ada batasannya
Takkan kurujuk walau terpaksa
Takkan kupujuk andai dipaksa
Pandai-pandailah engaku bawa haluanmu
Tanpaku menemanimu

( ulang 1, 2 & 3 )

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)