Ning Baizura (J.P / Ning)

Warna

Lihatlah alam ini
Berseri warna warni
Beburung berkicauan
Di awangan

Kau hadir di sisi
Membawa erti
Pabila kita berdua bahagia

Cinta kita ini
Akan bersemi
Setiap detik ku nanti
Bilakah berjumpa lagi
Ohhh... kasih

Lihatlah dunia ini
Disinari mentari
Memberi cahaya baru
Untuk hidupku

Kau hadir di sisi
Membawa erti
Pabila kita berdua bahagia

Cinta kita ini
Tiada misteri
Terasa bagaikan mimpi
Perasaan ku alami

Rasa bahagia
Menyelubungi di jiwa
Berwarna warni
Perasaanku di hati
Cintamu ini
Bagai pelangi yang suci
Kekal dan abadi

Sumbangan Aedyanz@Naza

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)