Ning Baizura (? / Afiq Syahmi)

Lenalah Sayang

Lenalah sayang
Tika kasih masih berlagu
Lenalah sayang
Tika rasa berpadu
Lenalah sayang
Walau puisi belum sudah
Lenalah sayang
Walau cinta tak bernoktah
Lena sayang
Masa penentu segala
Lena sayang
Impian bersatu masih ada
Ku panjatkan doa buat mu di sana
Semoga bahagia selama-lamanya
Wahai sayang
Damailah sayang
Jika cuma berterbangan
Damailah sayang
Bila cinta di hiasan

Sumbangan Wan Abdul Rahim

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)