M. Nasir

Empat Penjuru

Empat penjuru, empat tembok bisu
Memandang kejam padaku
Di dalam penjara, di luar penjara
Manakah tempatku mengadu

Wahai temanku dengar kataku
Jangan kau ikut aku
Jalan yang lurus aku tak lalu
Ku ikut jalan berliku

Oh! ibu tolong anakmu
Oh! ayah dengar rayuku

Kini ku tahu aku bersalah
Menghidu bunga berbisa
Ku sangka Syurga tapi sengsara
Kini ku terima balasannya

Bantulah aku wahai saudara
Mencari tujuan hidup
Hindarkan aku dari khayalan
Ku ingin hidup di alam nyata

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)