Liza Hanim

Zapin Aidilfitri

Benang sutra permata ratu
Di sulam rapi berbunga-bunga
( 2X )

Tanjak dan keris pakaian Melayu
Bila menyambut hai Hari Raya
( 2X )

Tanjak dipakai bengkung dililit
Keris bersarung kayu cendana
( 2X )

Fajar Syawal disambut mulia
Genap sebulan kita berpuasa
( 2X )

Takbir bergema menjalin ikatan
Kaum muslimin sanak dan saudara
( 2X )

Selamat menyambut hari lebaran
Bermaafan kita bersama
( 2X )

Pukul gendang mengikut tari
Irama zapin pusaka bangsa
( 2X )

Salah dan silap harap dimaafi

Sumbangan Inna Sarienna

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)