Les Sekinchan

Motor No. 1

Setiap sabtu, di malam minggu
Aku sedia, dengan kapcaiku
Kengkawan ramai dah tunggu
Ingin berlumba denganku
Satu kampung dah tahu Al maklumlah... aku No. 1

Dengan semangat, ku memecut laju
Orang melihat, semua terpaku
Melihat gerak-geriku
Superman atas motorku
Tapi malang tak berbau
Abang polis... dah menunggu

Dengan sekelip mata
Tiba-tiba aku dikejar
Lampu merahpun aku langgar
Selamatkan diri...

KEKIRI... KEKANAN...
KE DEPAN... KU LENN JANNN!

Sepandai-pandai, aku memecut
Akhirnya jatuh, dilokap jua
Van biru memecut laju
Membawa ku ke tempat baru
Terbayang dalam kepalaku
Emak abah dah menunggu

Bila ku tiba saja
Dengan segera abah menampar
Aku tak boleh kata apa
Terpelanting aku

DI KIRI, DI KANAN
DI DEPAN... DISIKU
KU INSAF...KU SADAR
MAAFKAN DIRIKU... OHH ABAH

Sumbangan Mas

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)