Kristal

Dejavu

Rasa macam satu dejavu
Sanubari tersentuh kau tunduk malu
Pabila mata ku merentangi matamu

Rasa macam satu dejavu
Perasaan melayang ke awan biru
Pabila mata mu merenungi mataku

Tak tahan rasa
Nak saja ku jerit
Sekuat-kuat hati
Rahsia yang terbuku
Biarlah hendaknya
Dunia tahu bertapa hebatnya cinta ku tanggung

Tapi terfikir kenyataan
Terpaksa ku sembunyikan
Dari mu puan

Berat mana
Kulangkah jua
Tinggalkan kau yang ku puja
Aduhai hawa

Sumbangan Ahmad Fitri

Ke Halaman Utama

Copyright 2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)