Khatijah Ibrahim

Mengapa Aku Disalahkan

Mengapa aku disalahkan
Salahkanlah diri mu itu
Tanpa secebis pengharapan
Hati ku kau lukakan

Mengapa aku ditinggalkan
Mencari cinta mu yang sepi
Salahkah aku mencurahkan
Keluhan hati pilu

Tiada ku pinta permata yang indah
Yang menghiasi tubuh ku
Aku dahaga belaian kasih mesra
Menyinari hidup ku

Berikan daku kepastian
Di manakah nilai cinta mu
Mestikah aku kau salahkan
Deritanya hidup ku

Sumbangan Ija's Collection & Cassem

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)