KRU

Teka-Teki

Khabar sudah tersebar di dada suratkhabar
Bakal menggegar jika tiada ikhtiar
Secara langsung atau tidak langsung
Kita mungkin terjejas ini hakikat jelas

Mungkin kau kan terkena tamparan keras
Mungkin juga kau hanya terkena tempias
Walau apa juga, haruslah berwaspada
Ini amaran bahaya jadi sedialah semua

Bila sedunia... Menjadi gila
Tiada arah
Jangan kau kata kau tak kena mengena

( korus )
Sedar tidak sedar... Ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada... Tapi wujud seduni
Cuba... Tekalah apa jawapannya

Teknologi terkini diguna setiap hari
Kebanggaan generasi kemampuan dipuji
Aplikasidi mana saja buat dunia berputar
Informasi itu kuasa

Setiap kelebihan ada kekurangan
Setiap kebaikan ada keburukan
Itulah hakikat ciptaan manusia
Tiada yang sempurna perkara biasa

Lihatlah saja... Persediaan semua
Jangan kau saja
Yang tunggu terpinga-pinga tanpa membuat apa

( korus )
Sedar tidak sedar... Ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada... Tapi wujud seduni
Cuba... Tekalah apa jawapannya

Kau masih punyai masa bertindaklah segera
Setiap kesukaran ada jawapannya
Langkah pertama bukalah mata
Bukakan telinga guna akal dan minda

Dalam menuju alaf baru lengkapkan senjatamu
Mengawal keadaan kawalkan fikiran
Berhati-hati sebelum apa terjadi
Virus yang bakal mencemari menghampiri pasti

( korus )
Sedar tidak sedar... Ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada... Tapi wujud seduni
Cuba... Tekalah apa jawapannya

Sumbangan Ixora Leen

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)