Juliana Banos

Takkah Kau Tahu

Malu tak bererti tak merindu
Sepi tak bererti ku membenci
Hanya inilah cara wanita
Dalam diam tersembunyi makna

Hanya engkau saja yang bisa menawan jiwa
Menyelami rasa
Gelora lautan cintaku

( korus )
Oh takkah kau tahu
Sepatah katamu buatku terindu-rindu
Aku merindu
Oh takkah kau tahu
Bila bersuaku rasa dunia milik kita
Bagai syurga di dunia

Ingin kuluahkan apa yang kurasa
Ingin kulafazkan cinta asmara
Namun tak mungkin kuberani cuba
Moga kau mula langkah pertama

Aku bagai sekuntum mawar menanti suria
Menantikan cinta
Dari hatimu oh kekasihku

( korus )
Segeralah oh kasih
Tak tertahan memendamkan rasa cinta
Kutahu dikau pun juga begitu merindu
Janganlah lagi kau menunggu

Sumbangan Inna Sarienna

Ke Halaman Utama

Copyright 1999,2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)