Jeslina Hashim

Cinta Tasik Biru

Jangan diucap selamat tinggal
Selagi aku
Bisa menemani dirimu
Kemana sahaja

Akulah insan yang paling bahagia
Di antara sejuta
Menyimpan cinta milikmu

( 3 )
Tasik biru
Bermukimnya hatiku padamu
Dalam kabus berwarna ungu
Melangkah kakiku perlahan
Meniti jalan yang kelam
Kau hadir
Menghulur tangan

( 4 )
Bersulam hati ini
Bahasa dan budi
Jadi ikatan... suci murni

( 5 )
Cinta di tasik biru
Seindah namamu
Kita nyalakan... api rindu

Kau
Yang sangat ku sayangi
Sehingga akhir hayatku
Masih ada
Biarpun air di tasik ini
Berubah warna

( ulang 3, 4 dan 5 )

Sumbangan Ernida@Camelia

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)