Jamal Abdillah (Ahmad Nawab / Habsah Hassan)

Wanita

Dahulu sering orang berkata
Dunia ini lelaki yang punya
Semenjak akhir ini perubahan terjadi
Wanita yang menguasai

Cuba kau lihat di mana saja
Bilangan wanita kian bertambah
Tapi jangan sengaja memasang dua tiga
Tersilap langkah pecah kepala

Dulu di dapur kini di kantor
Dahulu lemah sekarang gagah
Ada perkara yang tidak berubah
Masih suka melawa
Masih suka mengata
Tak pernah puas hati apa yang ada

Hebatnya wanita di zaman ini
Makin ramai berkelulusan tinggi
Sungguh pun demikian jangan keterlaluan
Pertahankan nilai ketimuran

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)