Jamal Abdillah (Shamsudin Sidek / Tinta Mas)

Suratan Nasib

Telah lama aku derita
Telah lama aku kecewa
Bagai malam tanpa siang
Ku kegelapan bersendirian
Tiada berteman

Mengapakah jadi begini
Bagai laut tidak bertepi
Ingin aku merasakan
Secebis kasih
Biarpun seketika

Umpama musafir di jalanan
Mencari haluan
Terhenti di persimpangan
Tak tahu ke mana tujuan

Tiada siapa mengerti
Tiada siapa peduli
Derita hatiku ini
Sampai bilakah kan berakhir
Ke mana harus kubawa diri ini

Puas sudah aku mencuba
Puas sudah aku terima
Mungkin suratan nasibku
Sudah begitu
Tiada kukesalkan

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)