Jamal Abdillah (Kazaruddin Saisi)

Masa Lima

Istana mana
Seri mana tiangnya tiada
(he ya alah he ya)
Teratak mana
Anjung mana tiangnya tiada
(he ya alah he ya)
Tiada umpama baru lama
Madah pun tiada satu dua
Lupa jangan dek lupa
Lima masa... masa lima...
(sebelumlah lima)

Masa masa muda... belum tua
Masa masa kaya... tidak lara
Masa merana biar masa bergembira lawa
(he ya alah he ya)
Tiada masa biar masa punya luang lewa
(he ya alah he ya)

Berjalan berdiri lari lari
Berlenggok berlenggang
(kanan alah kiri)
Bermadah berlagu hari hari
Berentak berayun
(kanan alah kiri)

Masa belum masa tiada seri
Toleh tak menoleh
(kanan alah kiri)
Himpun mari himpun tiang seri
Geleng mari geleng
(kanan alah kiri)

Istana bermadah pergi pergi
Teratak berlagu
(mari alah mari)
Duyun mari duyun pergi pergi
Bila berkumandang
(mari alah mari)

Istana mana
Seri mana tiangnya tiada
(he ya alah he ya)
Teratak mana
Anjung mana tiangnya tiada
(he ya alah he ya)
Tiada umpama baru lama
Madah pun tiada satu dua
Lupa jangan dek lupa
Lima masa... masa lima...
(sebelumlah lima)

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)