Jamal Abdillah (Ahmad Nawab / Juwie)

Inikah Nasib

Inikah nasib suratan hidupku
Sering dilanda duka
Ku cuba membina hidup
Untuk hidup bahagia
Tapi ada yang tak suka

Inikah nasib suratan hidupku
Hanyut di sudut dunia
Ada mata yang memandang
Seolahnya membenciku
Dan menjauhkan dirinya

Ku sedari... siapa diriku
Tiada hanya di matamu
Namun ku tetap sabar
Meneruskan hidup ini

Inikah nasib suratan hidupku
Semua serba tak kena
Ku cuba berbuat jasa
Namun tidak dihargai
Ku dipandang sepi

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)